Friday, February 14, 2014

O'Loughlin at the Moonlight Markets!


Acecece... Moonlight Markets. Lawak betul Aussies ni. 4 tahun sekali je? Kecoh la lu.

Kat Malaysia, tiap-tiap hari ada pasar malam... sampaikan masa pregnantkan Lil Adam dulu, aku atur je nak pegi pasar malam seksyen berapa. Hari Khamis je takde pasar malam kat Shah Alam (masa tu la, sekarang dah ada kot).



Okay la...tapi sebab aku pun buat jakun, excited pegi... so kita anggap la special sebab namanya pun 'Moonlight' kan?
Mulanya aku nak pegi awal, tapi kang tak feel pulak 'moonlight'nye tu. So, lepas maghrib baru gerak dari rumah. Consequently, gambar pun tak berapa lawa...Huhu



Last year, aku termiss empat-empat kali tu. This year, aku baru sempat miss dua kali, so kira hebat le kan?
Poyo je nak kira. Motif?



Well, agak ramai gak la orang. It's more like 'pesta' (macam Pesta Pulau Pinang and such), minus the fun games and rides.



Something like this lah.... ni video aku linkkan dari YouTube.


Stall pertama aku tengok adalah topi.
Aku kan gila topi. Ni dah lagi sebulan nak habis summer aku masih berpuasa dari beli topi, kira satu pencapaian yang memberangsangkan la jugak. Huhu.


Then, ta-daaa!
Tengok tu, muka excited! Sebab aku nampak stall ni nama Anne O'Loughlin!


Sempat aku tanya dia "Are you related to Alex O'Loughlin?" 
Bahahaha. Malangnya dia jawab "No."
Kalau tidak, tentu aku dah borong banyak dichroic (dual colours) glass jewelleries yang dia buat. Lawa wehhh...

More jewelleries kat stalls lain.


And this stall.... cute nye humang aiiii....

Cute little owlies, beanies and such. Murah pulak tu.
Teringat dulu aku siap jahitkan bantal busuk masa pregnant. Maunye tidak Ugly Doodolls tu je dah RM60. Gila hapa aku nak beli mahal-mahal?

Ada stalls jual baju....


Kecik-kecik dulu takde baju princess.
Err..nak beli sekarang, boleh?



Lawa pulak aku tengok miniature art dalam jar ni.
Tapi aku reti buat sendiri ni aku rasa. So, buat jamu mata je la...






Tropical sno.
Alelelele... sebenarnya ais kepal je pun. Takpe..takpe...



Ada entertainment show.
Aisehh...kalau pegi awal, boleh tengok belly dance.
Aku rasa aku dah cukup kriteria ni nak buat belly dancing, sebab dah ada perut sikit. Kalau aku tak qualified pun, aku rasa MrHubby cukup syarat. Wakakaka.


Just us... with Anep and Darwin.



Sebelum balik, aku bodek MrHubby supaya belikan satu jewellery kat stall Anne O'Loughlin tadi tu... sebagai tanda sokongan aku kat Alex O'Loughlin.

Eh, apa kena-mengena?

oh my Alex O'Loughlin cincin!


Ahhh... tak kisahlah. 
Janji sekarang aku dah ada cincin batu jemala patik besar berharga RM24juta 59 sen. Berbaloi aku menabung sejak kecik!

1 comment:

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat