Wednesday, November 27, 2013

S.E.V.E.N


Yup. Seven. Bukan Ultra(man) Seven daaa.
It's been seven years (plus 2) since we gotta know each other. Since I set eyes on him and gatal-gatal mengorat him.
Whatttt?
Yes, I took the first step. So?

If I hadn't, maybe entry ni bunyi macam lain la kan? It may start with "Tak sangka bila dia tolong kutip buku-buku aku yang berterabur dekat tangga library tu jadi permulaan...blablabla..." Hahaha. Cliche.
Atau maybe entry arini berbunyi "Dia la orang yang paling aku meluat dulu, tapi hari ni dia la centa hati...blablabla..."
Tak. Aku tak cliche macam tu. Padamkan imaginasi korang tu. Bahahaha

Oh well, semalam genap la tahun ketujuh yours truly berkongsi hidup, ups and downs dengan MrHubby.
Poyo sangat aku ni sibuk dengan experiments (sila kagum dari jarak jauh), sampai aku miss tarikh anniversary. Hahaha. Sengal! Cer kalau MrHubby yang lupa... harus la muncung aku sampai tahap boleh ikat riben. 
Alaa..bukan aku lupa terus (mana boleh lupa, dah buat plan nak ngedate weekend ni). Aku cuma ingat ari Rabu, so bila dia tanya "Nak lunch sama-sama tak esok?"... aku kata nak pulun buat lab works. Alasan aku: instrument (UV detector) yang SV belikan untuk aku baru sampai. Hehehe. Kukuh tak?


 Cards - a must!


Malam sebelumnya jugak, aku menggedik berinai lepas anak-anak dah tido. Hehehe. Feeling-feeling perantin gittew kan?




Masa aku kawin dulu, takde pun majlis berinai bagai macam citer Hindustan DDLJ tu. Satu, sebab majlis kawin aku aku organize sendiri, dan aku tak rasa ada kakitangan yang nak layan aku mengada macam tu.
Dua, sebab aku tak nak syok sendiri sorang-sorang je tukar-tukar pakai sari, kimono, baju Korea, jowo, dan ntahapahapalagi. Setakat macam tu, anytime je leh gi amik gambar kat kedai. Unless la ada yang rasa lepas kawen muka dah tak lawa. Hahaha. Sila sentap! Lagipun, aku pun tak faham nape majlis macam tu dipanggil majlis berinai- in which kekadang aku tengok orang dah siap pakai inai pun, cuma amik-amik gambar terakhir sebagai seorang dara je. Hahaha. 

Sehari sebelum kawen tu, aku cuma minta budak Art &Design (AD) UiTM lukiskan inai kat tangan aku... dan disebabkan aku jenis tak reti 'beradon' (read: mengada kontrol-kontrol), maka inai aku dah pudar, sebab aku sibuk kat dapur. Ye, aku buat keje sendiri, sebab aku taknak orang kata "Mentang-mentang nak jadi pengantin, semua tak boleh buat."
So, malam sebelum majlis, masa Kak Rubi (ex-housemate aku) datang jumpa sebab dia tak dapat datang kenduri, aku mintak dia touch up balik inai tu. Nasib baik la dia pun orang AD, so takde la aku mimpi ngeri tengok tangan aku ditatu dengan gambar Ultraman merah oren. Hewhewhew.


Back to cerita kelmarin... Aku berinai tu sorang-sorang je la, takde pasal nye aku nak suruh MrHubby join. Tapi inai tu tak le merah sangat, boleh la..setakat nak layan gedix aku ni.


So, semalam dalam busy aku kat lab, masa lunch aku mengelat la kejap (3jam+ kira kejap ke?) keluar lunch sama-sama.



Saja nak nyempit gambar plaque The Case of the Wandering Spirit ni (jumpa masa jalan-jalan semalam), sebab aku ni peminat Sherlock Holmes (buku cerita jer, TV series tu tak minat pun). So, bila terjumpa kat Adelaide, jadi over kejap. Dekat depan Hungry Jacks pulak tu :-O


Since the lunch date wasn't properly planned, tempat yang dituju tengok-tengok tak buka pulak. So, we ended up at Rundle Place. Same thing as ever. Sar hor fun for yours truly, fried noodle for him.


Lepas makan, temankan MrHubby shopping sikit. Then, I went back to work sebab the main celebration is scheduled this weekend (can't wait!!!!)


Hadiah? Kali ni dah tak larat treasure hunt tengah malam buta dah wehhh...

Bluey babe! 
Sila sebut dengan nada iklan "Das Auto." --suara macho takbulehblah.

 
 
Ni pun dah beli lebih sebulan gak... tapi segan nak reveal, sebab aku rasa kitorang pemegang rekod "Pasangan Malaysians Paling Banyak Beli Kereta" kat Adelaide ni. Bahahahaha. Harus kena bahan dengan kawan-kawan sebab on average, every 3-6 months, kitorang beli kereta.  
Tapi dengan adanya Bluey Babe ni tak bermakna aku lupakan Cinta Lama aku. First love kan... mana buleh lupa wehhh.

Eh... Eh. Hadiah enibeseri bukan yang ni eh, Cinta? Lalalala.... 
Ooo yang tengah tunggu nak sampai tu hadiah anniversary ekk? Mihmihmih.


p/s: 
Apa kata sebagai tanda korang ucapkan tahniah/wish happy anniversary tu, korang klik sekali iklan Nuffnang kat blog aku nih? Hehehe. Nanti duit beranak, boleh aku beli kereta lagi 3-6bulan dari sekarang :-P

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat