Friday, March 1, 2013

Tercampak di pulau Thebarton

Arghhh.. benih yg baik tercampak ke pulau?!
Takde maknanya.

Tercampak sorang-sorang kat Thebarton campus as a PhD student ada pros and cons-nya. Firstly, tak berebut instruments dgn sesapa, senang aku conquer segala alat radas. And I have the HPLC all for myself. Puas hati aku. Paling-paling pun, kalo aku nak cari pasal jugak, adalah dengan Joe. Saja usik-usik tuduh experiments aku tak menjadi kerana dia.
Secondly, bila jadi the one and only PhD student terceruk sorang-sorang kat kampus ni.. maknanya takde chance la aku nak di-compare dengan students lain. Standard la kan. Kalau ada dua, tiga orang... mesti nampak beza- sapa lebih cepat pick-up, sapa lembab macam siput babi, sapa kaki bodek.

Unfortunately, ke-tercampak-an aku ni juga bermakna...
Aku takde geng... Balik-balik geng dengan otai-otai kat lab ni. Semua dah la senior (citizen), bijak bistari pulak tu macam binatang apa keris di kaki. Harus la aku malu-malu tenuks sikit. 
Ingat lagi masa aku terkulat-kulat sensorang gi PhD Movie Night aritu. Nasib baik Allah takdirkan aku jumpa Victoria yang bubbly tu. Haishhh... memang stressed. Nak share tentang masalah sebagai budak PhD pun tak tau nak cerita kat sapa. So, kena la whatsapp kengkawan, atau call sesapa yang boleh melegakan hati. Takkan keje nak retail therapy je. Bankrupt la mak, noks!

Ditambah pulak aku ni jenis yang tak well-organized. Boleh miss pulak certain important events, sebab takde geng nak ajak pegi sama-sama. 

Semalam je, nasib baik Yahya call dan remind aku untuk pergi HDR Seminar. Masa dia bagitau tu, ada la lagi 25minit kot dah nak start. So, aku pun bergegas nak pegi ke North Terrace.

Sekali bila aku sampai, tram baru je lepas. 
Grrrr...



Patutnya start pukul 3.40pm... tapi aku dok memandang jam lagi kat Bonython Park Tram Stop. 



To cut things short... masa aku sampai, the first presenter tengah dalam Q&A session.
So, dah abis sesi dia, baru aku masuk.



Well, sebenarnya seminar tu bukan la wajib pun. Tapi aku nak la jugak dapat exposure how it is conducted, how to answer the questions, yada yada. Kang esok-esok turn aku present, takde la jadi macam masa aku buat Master dulu (present dalam kelas Paul Ebert)- in which takde sapa pun berani tanya aku. Hahaha. Atau at least takde la aku ter-blur atau ter-skema sangat. Aku tengok yang present semalam tu pun santai-santai je. Siap ada gelak-gelak, ada sebut 'stupid'..dan entahapahapa lagi.


 


Hmmm...  manakah janji-janji pelesu SV aku yang dulu kata nak bagi workstation kat North Terrace? Owhh.. Maybe sebab student dia yang dua ekor lagi tu tak abis lagi kot (cepat la korang habis oiii.. lama sangat dah. Kalau beranak pun, entah-entah anak tu dah boleh masuk kindy dah kat sini). 

Actually, so far aku takde la masalah besar sangat pun dalam study ni. Not yet la. Tapi dah nature aku suka bercakap...  so, walau sekadar nak membebel pasal SV sekejap cakap cenggitu, sekejap suruh  buat cenggini... itu pun dah cukup la jadi bahan untuk aku exercise pipi aku (read: membebel). Maklumlahhh...  asal weekend je, ada makan-makan. Lama-lama naik tembun pipi aku ni kalau tak exercise. Hehehe. Setuju kan, puan-puan sekalian?

BTW, hari ni dah start autumn kat Australia. InsyaAllah the weather will be milder. No more heatwaves. Kalau tidak, rentung la jawabnya.







 

2 comments:

  1. Suka baca milestone akak (boleh ke panggil akak ni? Hewhewhew) dlm nk dptkan phd..saya pun dah tua baru nak sambung degree..member lain mungkin dh abis masters agaknye..hihi..hopefully lps abis degree saya dpt sambung sampai phd.. :-)

    ReplyDelete
  2. lawa jam..ekeke *itu je yg aku perasan*

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat